Monday, November 10, 2008

BUKU ' Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah'


Sebuah hasil penulisan padaidi yang cukup bermakna. Hasil penulian oleh Puan Suraya Sintang , BA (UIAM) dan MA (UKM) dalam bidang Tamadun dan Perbandingan Agama dan kini merupakan pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.

Buku ' Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau,Sabah' memaparkan tujuh rencana yang berkisar mengenai sosiobudaya Bugis, sejarah awal komuniti Bugis di Tawau, punca penghijrahan, adat resam, nilai siri', dan kepercayaan pra-Islam serta kepercayaan roh nenek moyang. Buku ini bertujuan mengisi kekosongan maklumat terhadap kajian komuniti Bugis Sabah yang sebahagian besarnya mendenominasi beberapa daerah kawasan pantai timur Sabah, seperti Tawau, Sandakan, Kunak, Lahad Datu. Buku ini sememangnya memenuhi citarasa dan kehendak pembacayang menantikan bahan penulisan dan bacaan yang membolehkan pembaca mengenali dan memahami sejarah dan budaya orang Bugis. Adalah wajar sekiranya buku ini menjadi sebahagian daripada koleksi rujukan pembaca yang berminat mengkaji budaya etnik Melayu. Penerbitan buku ini juga diharapkan agar dapat memupuk kefahaman bersama dan semangat perpaduan melalui terhadap kepelbagaian budaya tradisi salah satu kelompok etnik di pantai timur Sabah..

4 comments:

Freeviolence said...

dimana mau dapat?
siapa penerbitnya?

dona casa said...

klu mau dpt bg tau saya....
yg jual tu kakak saya

Maya said...

Assalamualaikum...

Mohon bantuan agar dapat memberitahu info lengkap mengenai buku ini kerana saya tercari2 tercari2 buku ini sejak dua tahun lalu. kedai buku telah pun saya kunjungi dan jawapan mereka tetap sama, kami tiada buku yang kamu mahu...

Saya pernah mengikuti Seminar Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah Pindaan 2007 di Perpustakaan Wilayah Tawau dan di situlah saya mengetahui kewujudan buku ini. Malangnya saya tidak berkesempatan bertemu dengan pencanang buku ini kerana dia balik awal ketika sesi soal jawab belum usai.

Info: http://puadede.com/v1/enakmen-perpustakaan-negeri-sabah-pindaan-2007/

Andi Rady Kurniawan said...

Kenapa tidak dibuat perpustakaan untuk buku-buku berkaitan Bugis? Di Malaysia amat sukar untuk mendapatkan buku berkaitan dengan Bugis, walhal sudah banyak buku diterbitkan. Pun begitu, ada banyak jurnal berkaitan Bugis yang boleh didapati secara percuma di Internet. :)